Media - 2009 - PRODUK FARMASEUTIKEL KE CHINA


  
 home | about us | investor | media | research | career | e-Office | catalogue | consumer | biomed | community | AIS
home >  media  > current news      

Source:


(Utusan Express)

PRODUK FARMASEUTIKEL KE CHINA

Wednesday, 28/01/2009

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
pengarang@utusan.com.my

KEPALA BATAS 27 Jan. - Malaysia dan China dijangka menandatangani perjanjian persefahaman yang bakal menyaksikan buat pertama kalinya produk farmaseutikal dari negara ini menembusi pasaran negara itu.

Perjanjian itu yang dijangka dimeterai menjelang pertengahan tahun ini, akan memudahkan pengeksportan produk perubatan ke China tanpa perlu melalui sekatan serta prosedur ketat yang ditetapkan negara itu sebelum ini.

Menurut beliau, jika proses perjanjian itu berjalan lancar, produk farmaseutikal serta peralatan perubatan dari negara ini dapat dipasarkan ke China menjelang hujung tahun ini.

"Sebelum ini amat sukar untuk kita pasarkan produk farmaseutikal ke China kerana terlalu banyak sekatan, ujian serta prosedur ketat yang perlu dijalankan dan ia menelan kos yang sangat tinggi.

"Melalui (perjanjian) persefahaman ini, segala prosedur ini akan dilonggarkan dan mereka (China) sedia menerima produk yang telah diperakukan oleh kerajaan Malaysia," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan MCA Pulau Pinang berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA negeri di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, Malaysia dan China juga bersetuju untuk mewujudkan sekretariat di peringkat pegawai kementerian masing-masing bagi mengenal pasti produk farmaseutikal yang berpotensi didagangkan oleh kedua-dua negara.

Katanya, terdapat lebih 2,000 produk farmaseutikal keluaran China kini berada dalam pasaran tempatan manakala produk Malaysia belum dapat menembusi pasaran negara itu ekoran prosedur kelulusan yang sangat ketat.

"Jadi, kita harap persefahaman ini akan mewujudkan perdagangan yang lebih adil sekali gus memberi manfaat kepada kedua-dua negara," jelasnya.

Beliau menambah, dalam pertemuan tersebut, katanya, pemimpin negara China juga bersedia untuk membuka ruang perdagangan yang lebih besar kepada peniaga-peniaga Malaysia untuk memasarkan produk lain ke negara itu.

Perkembangan itu, kata Tiong Lai, amat positif dan dapat membantu memperkuatkan keupayaan ekonomi ketika negara turut berdepan kesan kemelesetan ekonomi dunia.



BACK

 

 
current news
archive
media release
media contact
  2006 Pharmaniaga Bhd - All Rights Reserved
Legal Notices - Privacy Statement